Monday 6 October 2014

MENINGGAL DUNIA SEHARI SELEPAS MEMELUK ISLAM, SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA.... AL-FATIHAH....


JOHOR BAHRU 4 Okt. - Seorang wanita berusia 20 tahun yang dipercayai baru memeluk Islam, maut selepas kenderaan yang dinaikinya bersama tiga rakan lain terlibat dalam satu kemalangan awal pagi ini di Kilometer 15, Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 pagi itu, mangsa, Lii Sii Ping atau nama Islamnya, Nur Hidayah Insyirah maut apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad menerusi satu kenyataan memberitahu, mangsa yang merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut di tempat kejadian.

"Kenderaan jenis Toyota Vios itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan mengorbankan mangsa akibat kecederaan parah.

"Polis masih menyiasat punca kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sii Ping atau Nur Hidayah merupakan mahasiswa jurusan kejuruteraan di UPNM dan dipercayai baharu memeluk Islam semalam.

Turut terlibat dalam kemalangan itu termasuklah tiga penuntut UPNM yang lain iaitu Mohd. Azrin Mohd. Idris, Muhammad Faridz Izzat Hamidnudin dan Mohamad Faridzuan Abdul Hamid. - UtusanMalaysia

*** Musykil la pulak.... 3 lelaki bersama sorang perempuan yg baru memeluk Islam di dalam sebuah kereta jam 3.40 pagi....... ???????? Al-Fatihah buat semua mangsa.... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka....