Sunday 19 October 2014

(FOTO) : KEMALANGAN NGERI 3 SUPERBIKE, PENUNGGANG RENTUNG TERBAKAR TULIS STATUS WHATSAPP TENTANG MATI.....


KUALA LUMPUR – Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta dan 3 buah motosikal berkuasa besar di KM25 Lebuhraya Karak.



Selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.22 pagi tadi, jentera pertama tiba kira-kira jam 11.40 pagi melibatkan 7 anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Selayang.


Kemalangan tersebut telah menyebabkan 2 buah motosikal berkuasa besar tersebut terbakar dan mengakibatkan salah seorang penunggangnya maut rentung terbakar.


Seorang penunggang motosikal berkuasa besar maut dilanggar manakala seorang lagi cedera parah, bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami kecederaan serius.


Maklumat mangsa-mangsa belum dikenalpasti dan punca kemalangan masih disiasat.


Salah seorang mangsa kemalangan maut akibat rentung selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbakar.

Berita kemalangan ini mengejutkan dan mendapat perhatian kumpulan motosikal berkuasa besar yang lain termasuk rakan-rakan mangsa.


Bagaimanapun, status WhatsApp terakhir mangsa yang maut terbakar agak memilukan kerana menceritakan tentang kematian.

“Sakit dan mati itu pasti….bersedia dan redho ketentuan Ilahi”, begitulah yang tertera di status WhatsApp beliau yang telah dikirimkan kepada FeldaVoice oleh salah seorang sahabat mangsa.


Sumber  :  feldavoice.com


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

JENIS INSIDEN:KEMALANGAN J/RAYA
TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN:19/10/2014 (1122)
JENTERA PERTAMA TIBA: 1140
ALAMAT: KM25 LEBUHRAYA KARAK
BALAI TERLIBAT: BBP SELAYANG
KOMANDER OPERASI: JUMLAH KEANGGOTAAN: PKII-1, PB-6
LAPORAN AWAL KEJADIAN: KEMALANGAN MELIBATKAN 3 BUAH MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DAN TELAH TERBAKAR MELIBATKAN 3 ORANG MANGSA (1 RENTUNG, 2 CEDERA PARAH)
MANGSA:1 RENTUNG 2 CEDERA PARAH
SEKIAN,TERIMA KASIH.
PEGAWAI PGO BERTUGAS:
PPgB AHMAD AIDIL BIN AB MAJID
MASA INFOBLAST DIHANTAR:1209
Berita terbaru.
1 penunggang rentung (mati)
1 penunggang dilnggar (mati)
1 penunggang parah

Sumber  :  Terengganu Times



UPDATE  :


DIFAHAMKAN ... menurut saksi,  kemalangan ngeri itu berpunca daripada sebuah treler yang diletakkan melintang di tengah Lebuhraya Karak.  Kemudian, sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu sedang menuruni bukit secara beramai-ramai dan keadaan menjadi kelam-kabut dan tidak terkawal menyebabkan mereka merempuh sesama sendiri apabila keadaan lebuhraya menjadi sesak yang berpunca dari treler melintang itu.  

Superbike gerak  bukan perlahan beb...   Kat jalan jalan biasa pun, waimma jalan kampung yang ada laluan 2 hala sahaja....meluncur sepantas kilat! Berdesup!!! Apatah lagi atas  lebuhraya  3 lorong !!!  So, tak heranlah jika terbakar akibat berlanggar sesama sendiri dlm keadaan yg sgt laju....!!!