Tuesday 16 September 2014

SETUJU.... CHEF WAN BLOCK PEMILIK AKAUN PROMOSI PERNIAGAAN DI RUANGAN KOMEN INSTAGRAM


NAK promosi perniagaan, post lah di akaun milik masing-masing. Tak perlulah mengganggu ruang komen di gambar yang dimuatnaik....BUKAN sesuatu yang luar biasa melihat akaun Instagram artis atau selebriti dilimpahi dengan komen berunsur iklan daripada peniaga... 

Kadang-kadang dalam ratusan komen, mungkin hanya ada beberapa komen sahaja yang menyentuh mengenai gambar yang dimuatnaik oleh selebriti tersebut.

Chef terkenal, Chef Wan tidak terkecuali daripada menjadi ‘mangsa’ peniaga-peniaga ini.

Justeru, menerusi mStar Online, dia mendedahkan yang setiap hari dia akan menyekat 10 pengikut akaunnya kerana mengambil kesempatan untuk berniaga.

“Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.

“Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan,” ujarnya.

Bagaimanapun tindakan Chef Wan ini turut dipersetujui oleh ramai pihak. Diharapkan para peniaga online dapat memahami privasi pihak lain sebelum lakukan promosi.


Penulis setuju dengan tindakan yang telah diambil oleh Chef Wan itu.  Para promoter ni bukan peduli status yang dimuatnaik samada oleh selebriti atau orang kebanyakan.... malah posting mengenai politik pun mereka tetap 'enterprem' jugak .....

No comments: