Monday 22 September 2014

SAH ! AZMIN ALI MB SELANGOR YANG BAHARU GANTI KHALID IBRAHIM... KAU ADA ???!!!


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Spekulasi mengenai status Menteri Besar Selangor Baharu terjawab apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan ini merujuk surat rasmi yang tersebar di laman sosial yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan diedarkan kepada media di Pejabat PKR di sini petang ini.



Terbaharu, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama petang tadi turut mengesahkan perkara tersebut.

"Ya saya sahkan surat pelantikan (sebagai menteri besar baharu) telah diserahkan kepada Mohamed Azmin hari ini.

"Pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Mohamed Azmin dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa.

Pimpinan PKR dijangka bakal mengadakan mesyuarat pada petang ini berhubung perlantikan tersebut.

No comments: