Monday 29 September 2014

PADAH MENGENDAP MAHASISWI SEDANG MANDI, PENSYARAH DIBELASAH HINGGA KOMA !


BERLAKU di Shaanxi Institute of Technology, China, seorang pensyarah koma selepas teruk dibelasah sekumpulan pelajarnya.  Semua ini gara-gara tindakan tidak bermoral pensyarah lelaki tersebut yang didakwa telah mengendap dua mahasiswi yang sedang mandi.

Selepas perbuatannya disedari, pensyarah tersebut segera melarikan diri dengan menaiki sebuah motor dan akibat terlalu panik, dia terjatuh dari motosikalnya sehingga memberi peluang kepada pelajar untuk membelasahnya.

Pensyarah terbabit dilaporkan masih koma dan berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan serius pada bahagian kepala.