Tuesday 2 September 2014

KAMAL ADLI TIDAK DAPAT TERIMA KENYATAAN HUBUNGAN DENGAN INTAN LADYANA BERAKHIR ???

Mungkinkah Kamal Adli berpura-pura terkejut dan terkesima apabila kekasihnya, Intan Ladyana mengumumkan yang hubungan mereka berdua sudah hancur berkecai baru-baru ini? Tidak diketahui apa motif Kamal Adli buat-buat tidak tahu dan terkejut, namun pasti pelakon kacak ini ada sebabnya tersendiri. Ini kerana menurut Intan Ladyana, keputusan untuk berpisah diambil selepas mereka berdua berbincang sesama sendiri. Bukannya tiba-tiba putus seperti tali yang dipotong dengan pisau tajam.



Walaupun sudah tiada apa-apa hubungan lagi, Kamal Adli nampaknya masih tidak dapat melupakan Intan Ladyana apabila memuatnaik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram miliknya. Iyerlah, bercinta bertahun-tahun. Takkanlah memori itu boleh dipadam begitu sahaja. Kata Intan Ladyana:-
Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu. Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru. 
Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi. Saya tidak tahu dia muat naik gambar apa kerana saya sudah tidak follow laman sosial dia, dan dia juga tidak follow saya. Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan.

 Sumber Mstar Online.

No comments: