Thursday 14 August 2014

RODZIAH ISMAIL TIDAK SANGGUP 'CURANG' TERHADAP ANWAR IBRAHIM !!!

alt

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Exco Kerajaan Negeri Selangor,  Rodziah Ismail mengesahkan menolak kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun diberi peluang untuk meneruskan tugasnya bersama Menteri Besar Selangor itu.

Beliau turut menyatakan taat setianya terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

“Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Semalam, Khalid mendakwa beliau memberi peluang kepada Rodziah untuk turut serta dalam barisan Exco Kerajaan Negeri sekiranya beliau menyokong beliau untuk terus memimpin pentadbiran negeri tersbeut.

Tambah k, Rodziah kini masih dianggap exco kerajaan negeri kerana surat pemecatan belum lagi diserahkan kepadanya ekoran beliau berada di luar negara.

1 comment:

Unknown said...

Apa ada pada PKR ,masuk PAS sajalah dah tentu parti tolak maksiat dan dosa ,ada harapan masuk syurga