Wednesday 27 August 2014

GENCATAN SENJATA JANGKA PANJANG : PERANG ISRAEL - HAMAS AKAN TAMAT


Gaza , 27 Ogos(AP) -Israel dan Hamas pada Selasa, 27 Ogos, telah mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan gencatan senjata jangka panjang selepas pertempuran selama tujuh minggu yang mengorbankan lebih 2,200 orang, majoritinya rakyat Palestin.


Selebriti Heliza Helmi turut berkongsi mesej WhatsApp yang diterimanya di Instagram, mengenai gencatan senjata jangka panjang tersebut.

Gencatan senjata panjang tersebut menandakan perang tujuh minggu tersebut telah tamat.

Gencatan senjata berkuat kuasa serta merta pada jam 1600 GMT, tetapi keganasan berterusan sehingga saat-saat akhir.

Di Israel, peluru mortar dilancarkan dari Gaza telah membunuh seorang lelaki dan dua cedera parah, kata pihak berkuasa.

Di Gaza, polis melaporkan bahawa serangan udara Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan tujuh tingkat di bandar Beit Lahiya. Letupan dari serangan udara Israel boleh didengar di Gaza selepas pengumuman gencatan senjata itu dibuat.

Di Gaza, perayaan besar-besaran dibuat selepas 19:00. Takbir yang biasanya dikhaskan untuk perayaan Orang Islam boleh didengar dari pembesar suara masjid.

Sebelum itu, pegawai-pegawai dari Hamas, kumpulan utama yang memerangi Israel, telah berkata gencatan senjata itu termasuk perjanjian Israel untuk meringankan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bekalan bantuan dan bahan binaan dibawa ke wilayah perang yang rosak teruk.

No comments: