Thursday 21 August 2014

ANAK GURU MAUT DITINGGALKAN DALAM KERETA LEBIH 8 JAM

MUHAMMAD Aqil Arfan Adnan, 4 maut selepas ditinggalkan oleh bapanya didalam kereta.

Kuala Nerang : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kereta bapanya lebih lapan jam di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini, hari ini.
Kejadian bermula kira-kira 7.30 pagi apabila mangsa Muhammad Aqil Arfan Adnan dikatakan tidur dalam kereta ketika bapa menghantar ibu mangsa yang berkhidmat sebagai guru di SMK Syed Ahmad di sini. 

Menurut sumber, bapa mangsa Adnan Salleh, 42, yang juga seorang guru, dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya ke sebuah tadika yang terletak berhampiran dengan sekolah isterinya sebaliknya terus pergi ke tempat dia mengajar di SMK Kuala Nerang. 

Bapa mangsa dikatakan terlupa anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang kereta terus masuk ke sekolah untuk mengajar.

"Ketika bapa mangsa pergi semula ke keretanya untuk pulang mengambil isteri dan anaknya kira-kira 4 petang, dia terkejut melihat kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 kanun keseksaan. - Harian Metro


AlFatihah......

No comments: