Tuesday 12 August 2014

ANAK DERHAKA ! MARAH IBU CABUT TANAMAN GANJA, REMAJA BAKAR 2 BUAH TV DI RUMAHNYA !!!

tanam ganjaMM

 Terkejut kami apabila menerima gambar petikan skrin dari laman sosial Facebook berkenaan seorang remaja yang marahkan ibunya kerana mencabut pokok ganja yang ditanamnya.


Biarpun ganja dikenali sebagai dadah yang diharamkan penggunaannya di Malaysia, tetapi remaja itu seperti tidak mengendahkannya sebaliknya bebas berkongsi berkenaan pokok ganja tanamannya itu di Facebook.

“Hari ini ibu saya cabut pokok ganja diam diam, maka saya membakar dua televisyen di rumah saya terang-terang.

“Ibu menangis tengok keadaan saya… Saya kelu,” katanya dalam status berkenaan.

Daripada apa yang dikongsikan, gambar pokok ganja atau Marijuana itu dilihat sudah pun besar dan ditanam di satu lokasi yang kelihatan seperti halaman rumahnya.

Diharapkan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia akan membuka mata dalam isu ini kerana jika benar, jelas remaja ini mempunyai sumber bekalan benih anak pokok ganja dan dari mana dia mendapatkannya akan mencetuskan kebimbangan.

Jelas juga kebimbangn apabila timbul tanda tanya, adakah itu kali pertama remaja itu menanam ganja atau sebelum ini dia pernah melakukan perkara sama.


BACA SELANJUTNYA..... DI SINI

No comments: