Tuesday 15 July 2014

ALHAMDULILLAH..... KPN SAHKAN KONSTABEL ZAKIA MASIH HIDUP.....


SEMPORNA - Konstabel Zakia Aleip yang ditawan kumpulan bersenjata api pada tengah malam Sabtu dilaporkan masih hidup. Perkara ini disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media sebentar tadi di Semporna.

Konstabel Zakia Aleip dilaporkan menelefon isteri beliau malam tadi dan memaklumkan beliau dalam keadaan OK, walaubagaimanapun beliau tidak memaklumkan lokasi panggilan dibuat.

Konstabel Zakia ditawan kumpulan bersenjata tengah malam Sabtu ketika sedang bertugas disalah sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul.Dalam kejadian itu rakan setugas beliau Koperal Ab Rajah Jamuan ditembak mati kumpulan bersenjata berkenaan.
Khalid berkata pihaknya masih menunggu panggilan selanjutnya daripada kumpulan penculik itu untuk mengenal pasti kedudukan sebenar Zakia.

Menurut Khalid, polis secara dasarnya mengetahui identiti beberapa individu yang terlibat dalam serangan hendap pada malam Sabtu lepas.

Setakat ini, katanya polis tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada kumpulan penculik berkenaan.

Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya telah meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat peranginan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kita pasti ada penglibatan dalang-dalang di kawasan berhampiran yang berhubung dengan pihak musuh kerana mereka boleh bertindak sedemikian," katanya.

Beliau berharap masyarakat tidak membuat spekulasi berhubung insiden berkenaan.

"Kita lihat kebelakangan ini beberapa tindakan penjenayah melakukan pelbagai jenayah yang dipercayai mereka ingin melakukan satu lagi penculikan tapi kerana kehadiran pasukan keselamatan kawasan itu, mereka tidak dapat melakukannya," katanya.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan penjenayah terbabit sanggup membunuh dan menembak pasukan keselamatan untuk membalas dendam apabila usaha penculikan gagal.

Kejadian serangan oleh sekumpulan lapan lelaki pada 11.10 malam Sabtu lepas itu, turut mengorbankan rakan sekerja Zakia, Koperal Abul Rajah Jamuan, 32 tahun.Bernama

SUMBER

No comments: