Tuesday 10 June 2014

RAJA KAMARUL BAHRAIN DIISYTIHARKAN MUFLIS... PRK PARLIMEN KUALA TERENGGANU ???


PETALING JAYA : Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menolak khabar angin bahawa beliau diisytiharkan muflis.
Mesej yang disebarkan menerusi media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Selasa mengatakan bahawa Ahli Parlimen dari PAS itu diisytiharkan muflis oleh mahkamah di Terengganu kerana mengalami masalah kewangan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Raja Kamarul berkata, beliau tidak tahu bagaimana khabar angin itu bermula kerana beliau tidak menerima sebarang notis daripada pihak bank mengenai pengisytiharan muflis.

"Saya tidak terlibat dalam mana-mana kes mahkamah baru-baru ini, dan tidak menerima sebarang surat daripada bank, jadi saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap khabar angin ini.

"Lagipun, proses untuk mengisytiharkan seseorang itu muflis boleh memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana adanya kesimpulan di mana tak ada apa-apa pun yang berlaku," katanya.

Raja Kamarul berkata, satu pemeriksaan dengan timbalan pendakwa raya di sebuah mahkamah mendedahkan bahawa tiada kes yang difailkan terhadapnya pada Selasa.

Tambahnya, beliau akan mengadakan sidang media di Parlimen pada Rabu bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.

No comments: