Sunday 15 June 2014

LUAHAN HATI PAK NIL SEMPENA HARI BAPA



LUAHAN ditujukan kepada ayah Pak Nil yang telah kembali kerahmatullah....Al-Fatihah...

Ayah, Anil nak ucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah yang sangat Anil sayang. 

Memang ketika2 seperti ini menyebabkan Anil terlalu rindu pd Ayah. Walaupun Ayah pernah marah tapi percayalah herdikan Ayah itulah yang Anil syukuri. 

Mungkin Ayah pernah berkecil hati dengan sikap Anil yg tak disengajakan tapi Anil tahu rajuk seorang Ayah tidak kekal lama. Bimbingan kehidupan penuh dengan falsafah yg sangat mendalam. 

Semakin berusia Anil ini, semakin dalam pengertian pesan Ayah itu. Kini Anil pun adalah Papa kepada 3 cahayamata dan Anil syukuri kerana pesanan Ayah, Anil turuti dalam membimbing mereka. 

Sememangnya pesanan itu tidak lapuk ditelan masa. Ampuni Anil Ayah dan Anil akan terus berdoa agar Ayah diletakkan bersama2 orang yang Soleh di sisi Tuhan SWT. Anil sayang dan rindu Ayah! Amin

Sedih membaca nukilan Pak NIl ini buat ayahnya sempena Hari Bapa. Sememangnya pengorbanan seorang ayah tiada tandingan. Kepada mereka yang masih ada ayah tu jangan lupa sentiasa menghargai mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.



No comments: