Tuesday 24 June 2014

DOKUMEN PERUBATAN SCHUMACHER KETIKA KOMA DIJUAL SECARA ONLINE


DOKUMEN laporan perubatan milik lagenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher ketika sedang koma dilaporkan telah dicuri dan dijual secara dalam talian (online).


Pengurus Schumacher iaitu, Sabine Kehm mendedahkan, dokumen perubatan tersebut itu dikesan hilang sebelum ditemui cuba dijual di menerusi internet.

Kehm yang mengecam tindakan tersebut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang jika penjualan itu berlaku.

Pihaknya juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan laporan perubatan itu. “Selepas beberapa hari dokumen itu hilang, seseorang telah membuat tawaran untuk menjualnya secara online.

“Oleh itu kami menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap penjual dan pembeli jika proses perniagaan dokumen sulit itu berlaku,” tegasnya.

Menurutnya, dokumen perubatan Schumacher merupakan data sulit yang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai termasuk menjadi bahan dagangan.

Schumacher yang terlibat dalam kemalangan ski di Switzerland dimasukan ke wad dan koma sejak 29 Disember lalu sebelum dilaporkan sedar baru-baru ini.

Dia juga dilaporkan telah mengalami penurunan berat badan yang ketara kerana berada dalam keadaan koma yang panjang.

Bagaimanapun Schumacher yang dirawat di Perancis ketika ini mula sedar dan memberi respon kepada keluarga yang menziarahinya. - Mstar.

No comments: