Wednesday 7 May 2014

PELANCONGAN HALAL : MALAYSIA DESTINASI PERTAMA TERBAIK


KUALA LUMPUR, 7 Mei  : 
Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai 10 destinasi terbaik dunia dari segi pelancongan halal, menurut laporan portal pelancongan Islam 'Crescentrating. Travel and Tourismeguides'.

Pilihan itu dibuat berdasarkan kesesuaian destinasi dan keperluan percutian keluarga, kemudahan dan perkhidmatan untuk pelancong Islam, selain inisiatif pemasaran dan promosi untuk destinasi percutian keluarga.

Negara yang berada di tempat kedua ialah Emiriah Arab Bersatu diikuti Turki, Indonesia, Arab Saudi, Maghribi dan Jordan.

Qatar, Tunisia dan Mesir pula masing-masing di tempat kelapan, kesembilan dan ke-10.

No comments: