Wednesday 14 May 2014

KRISIS POLITIK TERENGGANU SELESAI : AHMAD SAID KEMBALI KEPANGKUAN UMNO TARIK BALIK SURAT KELUAR PARTI


Laporan MYKMU pagi tadi mengenai kemungkinan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kembali kepada UMNO setelah merajuk dua hari akhirnya menjadi kenyataan petang ini.


Menurut Suara.tv, bekas Menteri Besar Terenggganu itu membuat sidang akhbar menjelaskan bahawa semua kemelut politik yang melanda sebelum ini adalah disebabkan salah faham antaranya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurutnya perkahwinan anaknya itu merupakan isu yang melibatkan maruahnya dan keluarga.

“Berlaku salah faham, dua-dua (saya dan Perdana Menteri) dah minta maaf kerana salah faham itu dan saya juga mintaa maaf.

“Sebagai orang UMNO, kami saling minta maaf maka saya tarik balik perletakanan jawatan sebagai ahli umno dan ADUN Kijal” katanya pada sidang media yang diadakan di rumahnya petang tadi.

Ahmad Said turut mengatakan akan terus memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan baru yang dilantik.

“Saya tidak pernah berdendam dengan sesiapa dan ini bukan soal pengkhianatan.

“Saya dah bercakap dengan PM, saya ucapkan terima kasih dan akan terus berikan sokongan pada Barisan Nasional” ujarnya lagi.

LAPORAN SEBELUMNYA....

( A )
Bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib yang mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas pada hari Isnin lalu dijangka akan mengumumkan kembali kepangkuan UMNO hari ini.

Pihak kami masih menunggu pengesahan maklumat ini dan sidang akhbar yang dijangka akan diadakan petang ini. Jika maklumat ini menjadi kenyataan ia akan menstabilkan kembali politik Terengganu yang bergolak sejak isnin lalu berikutan kedudukan kerusi yang tipis antara Barisan Nasional dan Pakatan (17-15).

Sementara itu Menteri Besar Terengganu mengumumkan mengekalkan barisan EXCO sedia ada.


( B )
Sumber Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu memaklumkan sehingga jam 1.00 petang tadi tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu menghantar surat mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas. Wakil Mykmu yang berada di sana juga tidak nampak kelibat bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said atau ADUN Ajil Ghazali Taib datang ke pejabat DUN.

Isnin lalu kedua-dua mereka mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas sebagai membantah proses penukaran Menteri Besar Terengganu.

Kami juga difahamkan Bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib akan mengumumkan kembali kepangkuan UMNO hari ini. Bagaimanapun, sumber kem Ahmad Said menafikan sebarang pengetahuan mengenai perkara ini.

Pihak kami masih menunggu pengesahan maklumat ini dan sidang akhbar yang dijangka akan diadakan petang ini. Jika maklumat ini menjadi kenyataan ia akan menstabilkan kembali politik Terengganu yang bergolak sejak isnin lalu berikutan kedudukan kerusi yang tipis antara Barisan Nasional dan Pakatan (17-15).

( C )

PUTRAJAYA 14 Mei – Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yakin bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib kembali menyokong kepimpinan negeri Ahmad Razif berkata, beliau‎ dimaklumkan terdapat komunikasi antara dua pemimpin itu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.

Dalam sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, difahamkan hasil daripada komunikasi adalah positif.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, beliau dimaklumkan Perdana Menteri yang Ahmad dan Ghazali Taib akan kembali menyertai UMNO.

Setiausaha UMNO Terengganu itu memberitahu, melalui komunikasi yang berlaku antara Najib bersama Ahmad pagi tadi, ADUN Kijal itu menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan tersebut. – UTUSAN ONLINE

1 comment:

Mohd said...

Ini semua gara2 malaon2 dari UMNO yg nak gasak duit royalti yg akan turun ke T'ganu tak lama lagi. Sebelum Ahmad Said balas melalui kroni2nya, lanun2 UMNO telah mencantas utk mereka berleluasa menyapu bersih fulus.
Tetapi Ahmad Said pun boleh tahan juga strategi dia. Dgn berapa juta agaknya dia dipujuk utk menyertai UMNO kembali?
Rakyat marhaen taklah bodoh sangat utk tidak dapat melihat mainan politik lanun2 UMNO ini.
Kan Melayu mudah lupa?
Di PRU14 nanti, kita lihatlah bagaimana nasib BN.
Tunggu dan lihat .........