Saturday 10 May 2014

(FOTO) : WANITA PANAS BARAN DAKWA ADA BOM DALAM PESAWAT MALINDO AIR


Wanita yang mencetuskan kekecohan dalam pesawat Malindo Air dibebas dengan jaminan polis. Wanita yang ditahan reman atas kesalahan mencetuskankekecohan dalam pesawat Malindo Air dibebaskan dengan jaminan polis, Jumaat.


Dalam kejadian Selasa, wanita yang berusia 41 tahun itu ditahan polis selepas mengeluarkan perkataan ugutan serta menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu.

Ketika kejadian pukul 2.20 petang itu, wanita yang menaiki penerbangan OD1622 ke Kuching, Sarawak itu dalam perjalanan pulang ke kampungnya atas urusan keluarga.

Insiden itu bermula apabila wanita berkenaan dikatakan berang apabila pramugari penerbangan menegurnya supaya meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas.

No comments: