Friday, 18 April 2014

ZUL NORDIN HARAP KJ TIDAK AKAN JADI ANWAR IBRAHIM KEDUA !!!


Setelah senyap selama satu hari, akhirnya bekas Ahli Parlimen Padang Serai (PAS) 2008-2013, Zulkifli Nordin (Zul Nordin) tampil membalas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Zul Nordin dalam Tweet terbarunya mengingatkan Khairy Jamaluddin agar tidak menjadi Anwar Ibrahim kedua dalam politik.



Tweet ini dipercayai merujuk kepada "tweet" KJ semalam yang mempertikaikan Perdana Menteri kerana memilih Zul Nordin sebagai calon BN dalam pilihan raya umum lalu.  


Pada awalnya ia sekadar berpunca daripada tindakan KJ yang marah dengan Tweet  Zul Nordin yang menyatakan "ketika kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud, Allah mematikan Karpal Singh, penentang hudud".

Khairy yang terkenal dengan pemikiran liberal moden membalas tweet tersebut dengan menyuruh Zul Nordin "diam". Apabila disokong oleh beberapa orang, Khairy pergi lebih jauh dengan mempertikaikan tindakan Perdana Menteri memilih calon secara terbuka dalam laman Twitter. Dalam "tweet" itu,  beliau menyatakan tidak pernah bersetuju dengan Datuk Seri Mohd Najib dalam pemilihan Zul Nordin sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum yang lalu. 

Mykmu dalam artikel Kematian Karpal Singh: Apa salah Zul Nordin Untuk Khairy Masuk Campur? mempertahankan pandangan Zulkifli Nordin mengenai kematian Karpal Singh yang disanggah oleh Khairy Jamaluddin. Dalam masa yang sama Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah Kamarudin telah berjanji untuk meneruskan perjuangan Karpal dan mendoakan beliau “Rest in Peace”. [Sayang Ahli Parlimen Ampang Terhadap Karpal Melebihi Majlis Fatwa.] Prof Madya Dr Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) dilaporkan berkata:
Merasa kegembiraan dengan kematian mereka yang memusuhi Islam (atau undang-undang Islam), apatah lagi dengan permusuhan dan penentangan yang terancang adalah warid di dalam sunnah.
Menyamakan ini dengan penghormatan nabi keatas jenazah yahudi adalah suatu qiyas yang tidak tepat sama sekali. Yahudi tersebut adalah seorang yang tidak memerangi Islam, bahkan beliau merupakan seorang warganegara di dalam negara Islam Madinah.
Dua perbezaan yang tidak boleh disamakan sama sekali. Apatah lagi untuk menyamakan beliau dgn Abu Talib. Subhanallah, di mana persamaannya?

Kredit to :  MyKMU 

2 comments:

Unknown said...

Salam tuan admin,

Mohon pautkan blog saya di sini : ibm-akusayangumno.blogspot.com

Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Dah lama dah. Selamat berjuang. T.kasih ~ IBM

Bicara Perjuangan said...

waalaikum salam, tuan.
Blog tuan telah dipautkan.
Alhamdulillah, terima kasih.