Wednesday 2 April 2014

TRANSKRIP PENUH KOMUNIKASI #MH370 DIDEDAHKAN

Gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR : 

Kementerian Pengangkutan mendedahkan transkrip penuh komunikasi antara pesawat penerbangan MH370 dan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, transkrip penuh yang sudah diberikan kepada ahli keluarga penumpang itu bagaimanapun tidak mengandungi sebarang komunikasi luar biasa.

"Siasatan awal Malaysia Airlines sebelum ini mendapati suara terakhir dari kokpit pesawat adalah pembantu jututerbang, namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan perkara itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia kekal dengan pandangan bahawa sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar primer milik tentera, pergerakannya konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat.



No comments: