Wednesday 2 April 2014

NGERI ! PADAH PENCURI BESI, PUTUS KAKI DILIBAS PARANG


Nasib seorang pencuri berakhir dengan kecacatan seumur hidup apabila kakinya dilibas dengan sebilah parang. Kata orang inilah balasan cash yang diterima. Menggunakan kaki untuk pergi mencuri, akhirnya Allah SWT tarik nikmat tersebut. Kejadian bermula apabila pemilik sebuah kolam ternampak kelibat seorang lelaki sedang mencuri besi di kawasan tersebut. Akhirnya berlakulah satu pergelutan sehingga kaki pencuri itu putus.


Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi. 

Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.

Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.

Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.

Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.

Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.

Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : MyNewshub

No comments: