Sunday 27 April 2014

OBAMA DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR 27/4/2014 :

Presiden Barack Obama mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan di sini hari ini.


Ketibaan beliau pada pukul 9.45 pagi disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad.

Obama seterusnya melawat ruang solat masjid sambil diiringi Sheikh Ismail sebelum menziarahai Makam Pahlawan di mana bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Ghafar Baba dikebumikan.

Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Wakil Khas AS ke Pertubuhan Kerjasama Islan (OIC), Rashad Hussain.

Kunjungan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan itu merupakan salah satu program sempena lawatan kerja Obama selama 3 hari di Malaysia.  Obama tiba di negara ini semalam dan dijadualkan bertolak ke Manila, Filipina, esok.  -  Utusan Online

No comments: