Monday 14 April 2014

MUKTAMAD !! SAIFUDDIN KATA HUDUD TIADA DALAM AGENDA PAKATAN PEMBANGKANG !!! PAS TAK FAHAM KE !!!

PETALING JAYA : 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu tetap dengan pendirian mereka bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan Pakatan Rakyat (PR).


Bagaimanapun Saifuddin berkata, pendirian berkenaan mungkin akan berubah sekiranya PAS membuat penerangan teperinci mengenai pelaksanaan hukum itu.
“Sehingga kita jelas apakah sebenarnya dimaksudkan members private bill barulah keadilan akan bawa perkara ini kepada perbincangan pada peirngkat tertinggi parti.
“Setakat sekarang ini, kita tidak menerima sebarang penjelasan daripada PAS. Kalau ditanya apa pendirian sekarang… sehingga PAS berikan kita maklumat terkini, PKR sebagai salah satu parti komponen dalam PR adalah terikat dengan keputusan yang dibuat pada akhir 2011 iaitu mesyuarat PR di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Malah, Saifuddin berkata konsensus berhubung pelaksanaan hukum Islam itu juga masih belum diwujudkan di kalangan parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR), namun atas dasar persendirian, PAS boleh membawa perkara itu ke Parlimen.
Sehubungan itu, Saifuddin berkata PAS perlu membawa isu hudud sebagai usul PR sekiranya konsensus berhubung hudud ingin dibawa atas tiket gabungan pembangkang.
“Kalau PAS hendak bawa sebagai usul Pakatan perlu ada konsensus, tetapi kalau mereka bawa sebagai usul PAS, itu lain.
“Sekarang konsensus itu wujud? Tidak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, PKR menghormati keputusan yang dibuat pada hujung 2011, dalam mesyuarat majlis presiden, di mana mereka menghormati Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang diluluskan pada 1993.
“Majlis Presiden PR menghormati enakmen kanun jenayah syariah yang diluluskan pada November 1993, yang dibuat secara sah.
“Enakmen itu dibuat lama sebelum pakatan PR ditubuhkan,” katanya dan menambah, enakmen berkenaan diputuskan melalui DUN dan menerima mandat sah daripada rakyat.
Sementara itu sebagai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, PKR hari ini berkata, Umno patut mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengananu.
“Saja anjur nasihat Datuk Ahmad Said menteri besar Terenganu.
“Juga bawa rang undang-undang yang sama di Parlimen kalau benar Jamil Khir ini betul bersungguh mahu melaksanakannya,” katanya.
Saifuddin berkata demikian mengulas kenyataan menteri agama Datuk Jamil Khir Baharom yang mengisytiharkan sokongan terhadap usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mengetepikan halangan sedia ada.
Dalam pada itu, Saifuddin juga berkata, anggota Parlimen Ketereh yang sedia melobi anggota Parlimen Umno menyokong hudud juga patut mengambil langkah sama.
Kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai enakmen hudud masing-masing yang diperkenalkan pada tahun 90-an ketika PAS berkuasa.
Ia bagaimanapun tidak dilaksanakan kerana didakwa bertentangan dengan perlembagaan persekutuan – Antarapos

No comments: