Monday 24 March 2014

SERANG IBUPEJABAT UNIVERSITI, 17 PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR DIPENJARA 14 TAHUN

alt

KAHERAH 24 Mac - Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kepada 17 pelajar Universiti al-Azhar atas tuduhan menyerang ibu pejabat universiti semasa mengadakan protes tahun lalu.
 
Memetik laporan, Press TV, kesemua defendan yang juga penyokong presiden digulingkan Mohamed Morsi dan Ikhwanul Muslimin didakwa merusuh, merosakkan harta benda awam, membakar sembilan kenderaan dan menyerang pihak keselamatan serta kakitangan akademik al-Azhar.
 
Mahkamah turut mengarahkan setiap pelajar membayar denda sebanyak AS$13,000 (RM43,000).
 
Hukuman dijatuhkan sehari selepas  tiga pelajar terbunuh apabila pengawal keselamatan Mesir diserang penunjuk perasaan antikerajaan di beberapa bandar utama di seluruh negara Afrika Utara. - rakyatnews

No comments: