SIAPA TIDAK KENAL dengan wartawan terkenal tanahair, MAZIDUL AKMAL SIDEK terutama di dalam membongkar isu-isu hangat semasa yang menjadi tumpuan umum. Kali ini penulis ingin membawa anda semua mengikuti pendedahan beliau mengenai produk 'jualan langsung' Double Stemcell-Phytoscience yang sedang panas di pasaran sekarang ini ......
Alhamdulillah, Allah masih memberikan saya kekuatan biarpun bertalu dikecam sebilangan individu terbabit dalam perniagaan produk Double Stemcell dan Triple Stemcell, keluaran syarikat Pyhtosciense Sdn. Bhd.
Phytoscience, syarikat diasaskan oleh Datuk Seri Lai Teck Peng dan produk dipasarkan secara MLM, majoriti masyarakat MELAYU, peniaga beragama ISLAM.
Teliti bungkusan produk Double Stemcell di bawah, dicetak logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Majoriti pengguna beragama Islam, pasti percaya dan tidak akan mempersoalkan keaslian logo halal itu. Cetakan logo itu sekaligus memberikan isyarat kepada pengguna, produk ini memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.
Saya sendiri hampir terjebak.
Kira-kira sebulan lalu, saya berhajat untuk menjadi stokis produk itu dengan bayaran RM5,400. Wang tunai telah dikeluarkan dari bank. Namun hajat itu terpaksa saya batalkan kerana Allah maha mengetahui, menggerakkan hati kecil saya untuk terlebih dahulu mendapatkan maklumat SAHIH mengenai produk sebelum berstatus peniaga.
Apapun, terima kasih kepada ramai peniaga menyatakan kesudian untuk menaja saya dan menawarkan produk percuma tatkala itu.
Tanpa didorong oleh insan bergelar manusia, saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Ustazah Asiah Alkharib Shah serta Pegawai Perhubungan Awam Hab Halal JAKIM, Nadia Zammil Md Nasir.

Nadia boleh dihubungi di talian 03 8892 5048.
Terima kasih di atas kerjasama dihulurkan.
Pada 20 Januari 2014, JAKIM mengeluarkan kenyataan RASMI di laman Facebook badan dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan umat ISLAM di Malaysia.
Kenyataan di atas boleh dibaca oleh semua pengguna memiliki kemudahan internet, klik di sini.
Pengguna di Malaysia terbukti ingin mengetahui fakta sebenar. Maklumat itu kemudian dikongsikan oleh lebih 3,000 pengunjung laman Facebook JAKIM.
Malangnya, sebilangan individu terbabit dalam perniagaan MLM itu tidak dapat menerima kenyataan, produk Double Stemcell telah menggunakan logo halal JAKIM secara salah. Justeru segelintir mencadangkan agar saya disaman berikutan menyebarkan maklumat RASMI itu.
Pembaca sekalian, andai kata menyebarkan maklumat tepat demi memelihara kepentingan umat Islam di negara saya cintai ini adalah satu kesalahan mengikut undang-undang, saya rela dipenjarakan kerana memperjuangkan isu ini. Demi Allah yang maha berkuasa dan maha mengetahui, saya enggan melihat semua individu seagama dan sebangsa dengan saya terus dikelirukan oleh kelompok manusia memburu kekayaan duniawi.
Saya akur, Datuk Seri Lai, individu kaya-raya, menuai hasil penjualan produk dipasarkan oleh majoriti ejen dan stokis berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Jika pengeluar bersikap jujur dalam perniagaan, mengapakah perlu logo halal JAKIM itu diperkotak-katikkan? Apakah tujuan terselindung di sebalik tindakan itu?
Justeru molek sekiranya, Datuk Seri Lai menasihatkan peniaga MLM itu agar tidak mengambil tindakan secara semberono. Tindakan LEBIH bijak, jika Phytoscience Sdn. Bhd, memohon Sijil Pengesahan Halal JAKIM untuk menyelesaikan isu ini biarpun tidak diwajibkan.
Jika produk ingin dipasarkan kepada pengguna bukan Islam, adakah logo halal JAKIM itu penting sehingga disalahgunakan?
Ramai peniaga Double Stemcell mendakwa, syarikat pengeluar memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM tetapi telah tamat tempoh. Bertujuan tidak menyebarkan berita berupa fitnah, saya memperolehi penjelasan daripada Pegawai Perhubungan JAKIM terbabit. Saya dimaklumkan Produk Double Stemcell TIDAK pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sebelum ini. Tidak hairan jika sehingga ke detik ini, tiada peniaga berupaya mempamerkan salinan sijil dimaksudkan kerana dokumen itu tidak wujud.
Petang semalam, saya difahamkan oleh Nadia, kini logo halal tidak lagi dicetak di pembungkus baharu Double Stemcell. Hemat saya, tindakan itu sekurang-kurangnya tidak akan terus mengelirukan pengguna ISLAM di Malaysia.
Perhatikan, TIADA lagi logo halal JAKIM di sudut kanan atas bungkusan produk. Jika hal ini tidak didedahkan?
Selain daripada isu Sijil Pengesahan Halal JAKIM, saya juga menghubungi Pegawai Perhubungan Awam SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM untuk mendapatkan maklumat tepat berhubung status penggunaan logo SIRIM dan siri kodex KKM.
Berikut kenyataan rasmi SIRIM dihantar ke emel saya pada 6 Februari 2014.

Berdasarkan maklumat rasmi itu, Phytoscience TIDAK mendapatkan kebenaran bertulis dari SIRIM Berhad untuk menggunakan logo SIRIM.
Jadi, mengapakah logo itu digunakan?
Akhir sekali, berikut, kenyataan RASMI dikeluarkan oleh KKM berhubung kodex dicetak di belakang bungkusan Double Stemcell.
JAKIM, SIRIM dan KKM telah mengeluarkan kenyataan rasmi, berhubung penggunaan logo halal, logo SIRIM dan kodex KKM.
Oleh itu, wajar bagi Phytoscience bertindak mengeluarkan kenyataan RASMI berbentuk penafian SEKIRANYA semua kenyataan pihak berkuasa itu DIDAPATI tidak tepat.
Sebagai pengguna, kami berhak untuk mengetahui fakta dan kebenaran.
Barangkali ramai juga antara pembaca blog ini pernah melihat Sijil Halal Islamic Food Centre Asia disebarkan di alam siber. Mengikut maklumat tercatat, dua produk Phytoscience menggunakan sijil terbabit. Sijil sama juga menarik perhatian pelayar alam siber.
Berikut penjelasannya.
Andainya sijil itu masih digunakan, JAKIM perlu melaksanakan tindakan tegas mengikut lunas undang-undang dan bukan sekadar membuat kenyataan sijil itu tidak diiktiraf.
Sebilangan peniaga bertali arus mendakwa kononnya saya dibayar untuk memaparkan fakta. Sekali lagi, demi Allah, saya melakukan ini semua demi memelihara kepentingan umat ISLAM dan kesucian agama. Tanggapan tanpa bukti hanya sekadar dakwaan.
Dalam pada itu, saya juga tertarik membaca pendedahan berhubung stem cell dikongsikan oleh penyelidik stem cell berbangsa Melayu, menuntut di Jepun, klik di sini.
Jika kenyataan Ibrahim Abdul Aziz itu tidak benar, sila kemukakan hasil kajian saintifik agar pengguna LEBIH memahami.
Minggu lalu, saya diberitahu, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan, KPDNKK, telah menyerbu sebuah premis dan beberapa produk dirampas. Nadia berjanji akan berkongsi hasil tindakan itu sebaik sahaja siasatan selesai. Ketua Pasukan Petugas Khas Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Putrajaya, Fahmi Kassim memaklumkan saya, kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada JAKIM untuk tindakan susulan.
OLEH : MAZIDUL AKMAL SIDEK
No comments:
Post a Comment