Wednesday 12 February 2014

KES LIWAT - ANWAR HANYA DITEMANI WAN AZIZAH...... PENYOKONG DAH MELUAT ???


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai pemimpin bertaraf dunia menghadiri perbicaraan Kes Liwat II tanpa sokongan seperti kes beliau sebelum ini, lapor bnbbc.my
Ketua Pembangkang itu tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.15 pagi ditemani isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Tidak ada kelibat penyokong-penyokong beliau malah anaknya Nurul Izzah, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan lain-lain pemimpin utama pembangkang juga tiada.
Ketiadaan penyokong -penyokong tegas Anwar mungkin menunjukkan mereka sudah bosan dengan kes membabitkan Anwar ataupun membayangkan beliau semakin hilang pengaruh dalam parti mahupuan dalam Pakatan Rakyat.
Portal itu juga turut menyiarkan luahan Anwar di twitter berkaitan dengan isunya di mahkamah.
“Sementara itu Anwar yang mungkin resah dan tidak lena tidur sepanjang malam tadi dilihat “meluahkan perasaan” melalui akaun Twitternya.
“Seolah tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya mengetepikan Shafee Anwar membuat tiga komen mengenai peguam kanan itu di laman Twitternya.
“Antara lain Anwar menuduh Shafee mempunyai kepentingan kerana beliau antara individu yang hadir ketika Saiful bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain mendakwa Shafee adalah penasihat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dipecat pada 1998, yang juga antara lain berkaitan kes liwat.
“Selain itu, Anwar juga melalui siri posting Twitternya antara tengah malam sehingga awal pagi Rabu turut meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK), menantunya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim serta beberapa pihak lain agar hadir beramai-ramai di Mahkamah Rayuan pagi ini bagi memberi sokongan moral terhadap beliau,”lapornya.


Shafee dalam kenyataannya kepada media semalam berkata beliau lebih mengenali Anwar berbanding tokoh lain.
“Bahkan saya lebih mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Najib, Abdullah Badawi.
“Saya mengenali Anwar daripada tingkatan enam,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan pasukan peguambela, R. Sivarasa Rasiah yang mendakwa Shafee pernah menjadi penasihat undang-undang ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Barisan Nasional.
Shafee bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali.
“Seperti yang saya sebut, bila saya bawa kes Umno, saya cakap atas kepentingan kes tersebut, tapi apabila kes itu habis, habislah…Saya tiada kepentingan Umno, saya sudah buat kes untuk MCA, Gerakan malah pernah mewakili PAS.
“Saya sangat profesional, dalam kes ini tiada konflik kehendak yang berkepentingan macam mana yang mereka katakan,” katanya.
Kata-kata Shafee itu turut disebarkan oleh Tun Faisal di twitternya dengan menulis
“Bila tak sokong dia, tiba-tiba @anwaribrahim kata Shafee peguam UMNO..” MYMASSA

No comments: