Tuesday 25 February 2014

GURU TERBEBAN DENGAN SISTEM PBS ???



LIHAT KOMEN-KOMEN DI ATAS.... jika diteliti, ianya pasti secebis luahan perasaan segelintir guru-guru terhadap PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).


PETALING JAYA : Sistem penilaian berasaskan sekolah (PBS) bukan sahaja masa guru terpaksa disalurkan kepada kerja pengurusan data murid , konsentrasi guru juga amat terganggu.

Memang sistem PBS sangat membebankan guru sehingga terganggu untuk menumpu kepada tugas mengajar.

Tujuan mungkin baik untuk memantau perkembangan pembelajaran dan pengajaran, kata Presiden Majlis Perunding Melayu Mod Azmi Hamid.

“Akan tetapi bila sistem untuk memasukkan semua markah dalam sistem yang disediakan, ternyata ada masalah yang tidak dilihat oleh pihak Kementerian Pelajaran, iaitu guru terbeban untuk memenuhi kehendak sistem tersebut.

“Infrastruktur untuk berbuat kemudian iaitu memasukkan data tahap pencapaian setiap hari untuk setiap murid tidak sampai ke tahap yang efesien kerana sistem tersebut tidak mempunyai kapasiti untuk menerima kemasukkan data yang terlalu banyak secara serentak dari ratusan ribu guru pada setiap hari.,“ tambah beliau.

Azmi berkata, guru dikehendakki memasukkan data pemarkahan setiap hari bagi setiap matapelajaran untuk setiap pelajar.

Apa yang berlaku katanya ialah kepadatan data sehingga guru terpaksa mengambil masa yang sangat lama bagi memasukkan data ke dalam sistem.

Akibatnya , bukan sahaja masa guru terpaksa disalurkan kepada kerja pengurusan data murid, konsentrasi guru juga amat terganggu.

Pihak Kementerian kata Azmi tidak mengambilkira realiti praktikal yang berlaku di sekolah apabila guru terpaksa berebut masa memasukkan data dan akhirnya tumpuan untuk mengajar sangat terganggu.

Tidak berfungsi

“Bila sistem untuk memasukkan data tidak berfungsi dengan lancar, guru terpaksa menunggu lama utnuk menyelesaikan tugas tersebut yang diwajibkan ke atas setiap guru.

“Sebagai akibat yang lebih berat lagi , PBS telah mengambil alih masa guru sehingga perhatian kepada pembentukkan sahsiah pelajar tidak dapat diberi tumpuan.

“Para guru hanya disibukkan untuk memasukkan data dan menguruskan maklumat pelajar, sedangkan kerja asas guru untuk membimbing pelajar tidak dapat diperuntukkan,” kata Azmi.

Mapim berpendapat bahawa pihak kementerian sepatutnya mendengar keluhan guru yang berhadapan dengan realiti seharian dalam sekolah dan dibilik darjah.

Menurut Azmi, ada pengurusan kerja yang tidak difahami sepenuhnya oleh pihak kementerian sehingga guru yang mengendalikan murid setiap waktu sekolah tidak mampu menampung kerja tambahan yang bukan kerja teras seorang guru.

“Untuk mewujudkan suatu sistem yang baik tidak seharusnya mengenepikan pandangan guru yang melalui suasana yang berbeza diperingkat bilik darjah.

“Kami mengesa agar suara guru yang resah dan tertekan dalam sistem PBS yang dipaksa ke atas mereka hendaklah diambilkira.

“Pendidikan yang selama ini beroriantasi peperiksaan hendaklah diubah kepada transformasi yang lebih mengurangkan beban guru dan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih menepati erti pendidikan yang sebenar,” kata Azmi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan para guru terhadap perlasanaan PBS.

No comments: