Tuesday 11 February 2014

DRAMA HEBAT ANWAR - DAPAT MC UNTUK ELAKKAN HADIR KE MAHKAMAH....


Dato Sri Anwar Ibrahim dilaporkan bergegas ke Hospital Pantai Cheras petang tadi akibat kesihatan yang tidak berapa baik. 

Anwar telah mendapat nasihat doktor untuk berehat bagi menjaga kesihatannya. Satu surat Cuti Sakit telah dikeluarkan kepada beliau. 

Cuti sakit selama dua hari bermula esok sehingga lusa. 

Anwar yang dilihat keluar dari hospital Pantai Cheras terus menaiki kenderaan dengan keadaan lemah dan lesu dan enggan di temubual wartawan. 

Nampaknya Raja Drama sedang beraksi lagi untuk mengelak hadir ke mahkamah dalam perbicaraan kes Liwatnya. 

Memandangkan doktor telah memberi surat cuti sakit selama dua hari, ini bermakna perbicaraan kes liwat akan terpaksa ditangguhkan. 

Inilah taktik Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat yang melibatkan beliau. 

Sebelum ini, sudah puluhan kali Anwar memohon kes liwat ditangguhkan dengan berbagai alasan. 

Kita akan saksikan sekali lagi, pelbagai alasan dan cubaan untuk menangguhkan prosiding Mahkamah oleh Raja Drama ini. SUMBER


SEBENARNYA...... Anwar takut hadir ke mahkamah, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berhadapan dengan peguam pendakwaraya yang hebat dan tersohor.....kah! kah! kah!.....

No comments: