Tuesday 18 February 2014

BERPURDAH TAPI LESBIAN .....!!!


Semua kerana nafsu.. Bila nafsu menguasai tahap menggila. Semua benda dia sapu. Sebab tu adanya agama untuk mengawal nafsu manusia...Patut dijadikan contoh untuk ibubapa kat luar sana.. Kena selalu bagi nasihat kat anak pompuan or laki... Tambah lagi dgn dunia canggih harini. Ko google jer, semua keluar. Thats why anak2 hari ni lebih cekap, lebih bijak dari yang sepatutnya. Muka nampak nerd jer..

Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis. 


Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti menjijikkan itu. 

Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.

“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam. myMetro

No comments: