Wednesday 29 January 2014

SERANGAN JANTUNG....DOLLAH SALLEH SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN


Jurulatih PDRM dan bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh dikejarkan ke Pusat Perubatan Ara Damansara selepas mendapat serangan jantung pada petang semalam dan terpaksa menjalani pembedahan jantung.

Menurut anaknya, Nurdyan, ayahnya sebelum ini pernah mengadu sakit di bahagian dada namun keadaan kesihatannya semakin serius petang semalam dan dibawa ke hospital untuk diperiksa.
“Ayah saya semakin sakit menjelang petang tadi dan apabila dibawa ke hospital, doktor memberitahu ayah saya perlu dibedah segera kerana keadaannya makin serius.
“Pembedahan tersebut bermula kira-kira pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 9 malam, alhamdulilah semuanya selamat,” kata Nurdyan apabila dihubungi.
Dollah yang berumur 50 tahun baru sahaja mengecapi kejayaan bersama Pahang pada musim lalu selepas membantu skuad Tok Gajah menamatkan kemarau memenangi Piala Malaysia dalam tempoh 21 tahun dengan menewaskan Kelantan 1-0.
Ketika kariernya bergelar pemain, Dollah turut dikenali sebagai bintang terbaik negara pada era 90-an bersama-sama Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar dan Azizol Abu Haniffah.

- Utusan Malaysia

No comments: