Thursday 9 January 2014

PENGARANG HERALD PERLU HORMAT KEPUTUSAN MAHKAMAH - TUN M



Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew digesa supaya menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir juga meminta agar paderi berkenaan yang bertegas supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor, untuk juga menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini."

Sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain, yang harus kita utamakan adalah sensitiviti masyarakat

."Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, telah lama (digunakan) tak apalah, tapi di sini (Semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?," kata Dr. Mahathir.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Pengarah Korporat Keenam sempena Ulang Tahun Ke-50 Tabung Haji di sini hari ini.Dr. Mahathir berkata, Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini berada dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara lain yang berperang dan berbunuhan."Di sini tidak berlaku kerana kita sedar sensitiviti orang lain. 

Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia sengaja, dah mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah.

"Apa jadi kalau masyarakat kita tak hormati keputusan mahkamah? Saya berasa sedih kerana yang membawa kes ini ke mahkamah adalah pihak mereka. Selepas mahkamah buat keputusan, kita kena hormati," tegas Dr. Mahathir. - UM

No comments: