Saturday 25 January 2014

HARUN DIN STABIL, HARUN TAIB TAK SEDAR DIRI


AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengesahkan bahawa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Saya cuma dapat maklumat beliau dimasukkan ke hospital sebab sakit lamanya...

“Memang betul berita mengatakan beliau pengsan dan masuk ke hospital, sebab ramai juga pimpinan Pas sudah menziarah beliau,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
 
Media sosial hari ini melaporkan Harun telah ditahan di wad terbabit sejak semalam dan telah menerima rawatan.
 
Menurut sumber itu lagi, perkara tersebut juga telah disahkan oleh anak beliau, Hamdi Harun.
 
Selain itu, sumber itu juga menyatakan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan stabil.

No comments: