Monday 1 July 2013

KERABAT DIRAJA DIJEL 4 TAHUN BELASAH PETINJU NEGARA

Kerabat Diraja Dijel 4 Tahun Akibat Belasah Petinju Negara

JOHOR BAHRU : Seorang kerabat diraja Johor dan dua rakannya dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang petinju negara, Mei tahun lalu.

Hakim Zamri Bakar memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd. Arif Husin, 36.
Dalam insiden pada 6 Mei 2012, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan Haron, 25, di antara pukul 4.30 pagi hingga 7 pagi di Taman Molek dekat sini.
Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. – Kosmo

No comments: