Friday 4 January 2013

PUAK PR BEREBUT KERUSI DI SABAH....!!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Pic: SM Amin

PETALING JAYA  : Pembangkang hari ini mahu 'rakan' Pakatan Rakyat (PR) di Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) bertolak ansur dalam soal pembahagian kerusi di antara parti gabungan PR menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan permintaan SAPP yang mahu bertanding lebih 50 peratus daripada keseluruhan kerusi di Sabah adalah “tidak realistik” dan mahu ianya dikurangkan kepada satu jumlah yang boleh diterima PR.

"Kita dapat maklumat bahawa SAPP minta terlalu banyak kerusi...hampir 50 peratus atau lebih daripada kerusi (yang dipertandingkan).


"Kalau 50 peratus kerusi, maka ketiga-tiga parti (PKR, PAS dan DAP) merasakan sukar untuk memberikan laluan kepada parti yang tidak terlalu besar tetapi meminta lebih separuh daripada jumlah kerusi.

"Saya minta, kalau boleh, SAPP turun betul-betul (jumlah kerusi) supaya realistik dan kita boleh bersetuju," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini, hari ini.

Jelas Anwar, SAPP dan PR sebelum ini telah mencapai kata sepakat untuk bertanding secara satu lawan satu bagi mengelakkan sebarang pertembungan antara parti pembangkang.

"(Perbincangan) Agak berlanjutan kerana ada penyertaan SAPP. Ada rundingan terakhir antara (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan SAPP yang menjelaskan kita sedia bekerjasama supaya ada satu lawan satu,” katanya.

Tambah Anwar lagi, rundingan akan terus dijalankan di Sabah, dan di Sarawak pula sudah hampir selesai.

"Soal rundingan di Sabah dan Sarawak ini masih diteruskan...Sarawak hanya melibatkan tiga parti, PKR, PAS dan DAP.

"Hanya satu atau dua sahaja yang masih lagi bercanggah, tetapi 90 peratus sudah selesai. Ada sedikit sahaja lagi yang perlu diperkemaskan," katanya.

- mD

No comments: