Sunday 1 December 2013

PERLANTIKAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO - USTAZ KAZIM TIDAK PERNAH KELUAR PAS....

alt

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengesahkan dirinya masih lagi merupakan seorang ahli PAS kerana tidak pernah menerima surat lucut keahlian dari parti itu.

alt

Beliau juga menafikan telah bertindak keluar dari PAS sebagaimana diuar-uarkan beberapa pihak tertentu sebelum ini.

"Saya tidak pernah keluar dari PAS walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa saya telah dipecat.

"Tetapi tidak menerima sebarang surat pemecatan atau sebarang panggilan dari Jawatankuasa Displin PAS untuk memecat saya," katanya kepada pemberita pada Sidang Media selepas menghadiri Ceramah Maal Hijrah anjuran UMNO Bahagian Setiawangsa, di sini malam tadi.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa bahawa Ustaz Kazim masih merupakan ahli PAS Cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.


alt

Sementara itu, beliau juga akan bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti Jumaat lalu.

Katanya, pertemuan itu bagi mendapatkan jaminan terhadap peranannya setelah diberikan jawatan tersebut di samping tidak memberi kesan terhadap kerjayanya selaku pendakwah Agama.

"Saya mahu jaminan dari pihak Datuk Seri (Najib Tun Razak) apa sebenarnya kerja yang bakal diberikan kepada saya (di dalam parti).

"Saya tidak mahu apabila menyertai dan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyebabkan hubungan saya dan masyarakat akan terhakis.

"Saya (juga) tidak mahu kerja saya sebagai pendakwah akan terhadap akibat persepsi dari orang ramai," ujarnya.
Ustaz Kazim turut memuji dengan sikap keterbukaan pimpinan UMNO yang memberi peluang kepada golongan Agamawan dalam memainkan peranan sebagai pembuat dasar parti.

Katanya, ianya membuktikan bahawa Najib amat serius dalam memperluaskan peranan pendakwah selaras dengan perlaksanaan dasar transformasi UMNO.

"Sebelum ini kita melihat ramai menganggap UMNO sebuah parti yang meminggirkan golongan Agamawan dan tidak mengambil pandangan Agama.

"Ini merupakan satu transformasi yang mungkin Datuk Seri Najib maksudkan dalam hal ehwal Agama dan lebih menguatkan lagi suara pendakwah di dalam pucuk pimpinan parti," ujarnya.

Penceramah rancangan 'Kalau Dah Jodoh' di Astro Oasis ini merupakan antara sembilan yang dilantik membarisi kepimpinan Ahli MT UMNO.

No comments: