Sunday 15 December 2013

PEMIMPIN DAP HINA PENJAWAT AWAM.....PAS PENGECUT NAK BERSUARA..!!!


Tindakan biadab dua pemimpin DAP iaitu Jeff Ooi dan Tony Pua menghina penjawat awam terus mendapat bantahan orang ramai.

Di pekarangan Masjid Jamek Seberang jaya selepas solat Jumaat, sekumpulan jemaah berhimpun secara aman sambil mengutuk perbuatan tersebut

Demonstrasi selama hampir 20 minit itu diketuai oleh bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim dan bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail.

Menurut Zamil, Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'anjing' perlu memohon maaf di pejabat ROS di Putrajaya.

"Jika benarlah dia menyedari mulutnya celupar dan ada maruah selepas melakukan kesilapan, dia perlu segera berbuat demikian kepada ROS.

"Begitu juga dengan Jeff Ooi yang perlu meminta maaf di pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) selepas menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu sebagai kucing kurap, bukan hanya meminta maaf selepas didesak oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh," katanya kepada pemberita selepas menyertai perhimpunan aman itu.

Sebelum ini beberapa pihak mendesak wakil rakyat DAP itu meminta maaf dan menarik balik perkataan 'kucing kurap' yang dibuat Jeff Ooi bagi merujuk kepada kegagalan pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong.

Tony Pua pula dalam laman Facebook sebelum ini menggelar ROS sebagai 'anjing' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses pertama pada 15 Disember lalu.

Sementara itu, Zainol berkata, pucuk pimpinan Pas juga dilihat tidak mengambil berat tindakan biadab kedua-dua pemimpin DAP berkenaan semata-mata mahu menjaga hubungan baik sesama mereka.

"Sepatutnya pemimpin atasan Pas tampil menyatakan sikap sebenar mereka terhadap kenyataan biadab dua pemimpin DAP terbabit kerana menghina kakitangan awam.

"Apakah mereka tidak berani menyatakan pendirian seperti mengutuk tindakan itu atau menyuarakannya supaya kedua ahli DAP terbabit memohon maaf secara jujur sebagai tanda mengakui kesilapan mereka?," soalnya.

Teman kata :  Padahal....bukan sikit jumlah penjawat awam yang sokong n ahli PAS.....!!!!!

No comments: