Thursday 5 December 2013

MAT SAID TINGGALKAN PAU2013 KERANA BANJIR

Pada ketika ini, ramailah kaum pengampu, yang bercakap pandai dan hebat berteori sedang bermukim dan bermakam di PWTC. Yang dapat giliran bercakap, berharap sangat namanya akan naik dan dia akan dilihat mulia kerana dapat bercakap walaupun semua orang tahu, cakap-cakap mereka sebenarnya kosong belaka kerana ia dipenuhi dengan retorik yang tidak akan disusuli dengan amaliah.



Pada masa yang sama, berpuluh-puluh ribu orang terutama sekali di Pantai Timur sedang berhadapan dengan gelombang besar banjir yang sudah pasti, segala cakap-cakap perjuangan di PWTC sebenarnya langsung tidak memberikan sebarang nilai dan bekas kepada mereka.

Barangkali kerana itulah, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mengambil keputusan untuk meninggalkan PWTC dan Persidangan Agung UMNO bagi memberikan perhatian kepada perkara yang lebih penting, selain daripada berkumpul dengan golongan pengampu di PWTC.

Daripada maklumat yang diperolehi, Menteri Besar Terengganu itu akan bersama-sama Ahli Parlimen Kemaman yang juga merupakan Menteri Penerangan, Shabery Cheek dan DYMM Sultan Terengganu meninjau kawasan-kawasan dan penduduk yang terlibat secara langsung dengan banjir besar. BACA SETERUSNYA...... DI SINI

No comments: