Thursday 12 December 2013

KENAPA PAS PERAK PINGGIRKAN NIZAR LAMBAI ???


Cerita bekas Menteri Besar Perak era Pakatan Datuk Nizar Jamaluddin tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak bagi sesi sekarang terus menjadi bahan percakapan bukan sahaja sama ada di negeri ini malah juga di luar Perak.

Ini boleh difahami kerana Nizar merupakan tokoh PAS paling popular di Perak serta seantero kerana selain merupakan mantan MB Perak, beliau juga sinonim dengan pelbagai kontroversi.

Beliau juga popular kerana namanya sering dikaitkan dengan beberapa kes saman membabitkan media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan juga media elektronik,TV3.

Nizar selain dari mempunyai hubungan baik dengan para pemimpin DAP di peringkat negeri khusus bekas Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming (Pengerusi baru DAP negeri), Nizar juga mencatat rekod sebagai MB pertama mewakili pembangkang.

Perlantikan sebagai MB dulupun menimbulkan rungutan kerana pengalaman dalam PAS. Nizar dilihat ibarat bidan terjun kerana keputusan pucuk pimpinan mengenepikan calon-calon dari PKR sebagai MB. Budak-budak PKR sehingga sekarang masih hairan macammana pucuk pimpinan tidak menimbangkan jawatan MB kepada pihak mereka sebalik menyerah kepada Nizar dan PAS.

Walaubagaimanapun kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Nizar cuma bertahan 11 bulan, selepas itu merudum akibat tiga ADUNnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan “tiga serangkai itu.”

Penyokong Nizar melihat dengan sinis keputusan pucuk pimpinan PAS pusat itu dalam percaturan terbaru ini. Mereka beranggapan Nizar yang juga ADUN Changkat Jering adalah tenaga penting serta penggerak utama PAS diperingkat negeri.

Pendek kata mereka percaya kekuatan PAS di Perak termasuk memenangi lima kerusi DUN dalam PRU ke13 lalu factor disumbang Nizar. Tanpa Nizar, prestasi PAS negeri mungkin lebih teruk lagi.

Terdapat sebilangan ahli yang melihat perlantikan Razman Zakaria, Ketua PAS kawasan Lenggong ada unsur lobi.

Bayangan bahawa beliau bakal MB Perak jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke14 turut dikaitkan. Ini juga menimbulkan rasa kurang senang ramai penyokong Nizar.
Tersindir dengan dakwaan tersebut Razman, bekas calon PAS kawasan parlimen Lenggong dalam PRU ke13 lalu menafikan beliau melobi Presiden PAS Haji Hadi Awang untuk jawatan tersebut.

Untuk rekod perlantikan kebanyakan Pesuruhjaya PAS peringkat negeri adalah budibicara Presiden PAS seperti juga perlantikan Pengerusi PerhubunganUMNO diperingkat negeri, yang dibuat dengan budibicara Presiden UMNO.

Keputusan menggantikan Ustaz Abu Bakar Hussain dengan Razman dalam penstrukturan semula jawatan-jawatan dalam PAS Perak masih gagal difahami kebanyakan ahli.

Dari segi pengalaman kepartian serta komitmen memperjuangkan parti samaada di kawasannya ataupun diperingkat negeri, Ustaz Bakar jauh lebih lama dan lebih jelas.

Mari kita tinjau sejenak latarbelakang Ustaz Abu Bakar:

Dari segi kelulusan ia seperti berikut:
1. Sek.Keb. Sungai Siakap, Spg.Tiga, Kuala kurau,Perak
2. Maahad Yahyawiah, Pdg. Rengas (SRP,SPM &sijil 4 Thanawi – 1966-1973)
3. Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan (Diploma syariah & Undang-undang – 1974-1978)
4. Sarjana Muda Syariah & Undang-undang Univ. AlAzhar Mesir.(1980) Diploma Pendidikan Univ. Al Azhar, Mesir (1981)

Sepanjang bergelar ustaz, beliau yang bertugas sejak 1982 di pelbagai sekolah dan institusi termasuk Sekolah Izzudin Shah,Ipoh iaitu sebuah alma mata DS Dr. Zahid Hamidi.

Zahid juga merupakan pengerusi Almuni sekolah berkenaan manakala anggotanya termasuklah budak-budak PAS seperti peguam dan toko penting PAS Perak iaitu Haji Asmuni Awi.

Berikut pula sekolah-sekolah Ustaz Abu Bakar pernah bertugas:

1. Guru Agama, Sek.Men Raja Chulan, Ipoh(1982-1989)
2. Guru Agama SMK Idris shah, Gopeng (1989-1990)
3. Pensyarah Maktab Perguruan Kinta, Ipoh.1990-1994)
4. Guru Agama, Sek. Izzuddin Shah, Ipoh.(1995-1997)
5. Guru Agama, Sek. men. Sungai Pari, Ipoh.(1997-2003)(bersara DG 44) (dianugerah guru cemerlang tahun 1995)

Selain dari itu beliau pernah memegang pelbagai jawatan seperti:

1. Guru Agama Takmir Negeri Perak
2. Guru Bertauliah Negeri Perak
3. Pen.Setiausaha, Persatuan Siswa Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan (1977-19780)
4. Naib. Pengerusi Keluarga Pelajar Perak Kaherah, Mesir (1980-1981)
5. Setiausaha Persatuan Bekas mahasiswa Islam Timur Tengah (1988-1989)
6. AJK Persatuan guru-guru Agama Malaysia Barat Caw.Perak (1988)
7.Timbalan Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Perak (sekarang)
8.Pengerusi & Imam Surau Al Ehsan, Tmn.Endah Jaya, Ipoh (skrg)
9.Pengendali umrah & Penceramah kursus haji dan umrah (1996 hingga skrg)
10.Timbalan Pengerusi, Tabong Khairat Kebajikan Kg.Rapat Jaya Tambahan.Ipoh (skrg)
11.Setiausaha, lembaga pengurusan Mahad Tahfiz Al Quran, Addin , Malim Nawar,Perak(skrg)
12.Timbalan Pengerusi PIBG, Sek. Raja Perempuan Taayah,Ipoh (2004 – skrg)

Pengalaman dalam PAS serta jawatan-jawatan yang disandang termasuklah:

1. Yang Di Pertua Pas Kawasan Gopeng (1994 – 2007)
2. Ketua Pas Caw. Rapat Setia(Gopeng) (1996 – 2004)
3. Timb.Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Perak (2003-2004)
4. Pengarah MTD Sg.Rapat(P.Gopeng) (1999 & 2004)
5. Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak (2005 – 2009) (Pengerusi Lajnah Tarbiyah Pas Perak)
6.Pesuruhjaya PAS Perak (2009 - 2013)

Bagaimanapun berbanding dengan Ustaz Abu Bakar,Nizar (seorang jurutera dari segi profesyen sebelum bergelar YB) dilihat jauh lebih popular kerana statusnya sebagai mantan MB Perak.

Walaupun dari segi pengalaman dan hiraki parti, Ustaz Abu Bakar tidak bermasalah diterima ahli-ahli PAS, perlantikan Razman membuatkan isu yang panas ini gagal ditutup dengan nyiru.

Selain tuduhan ada unsur lobi, tulisan beberapa penyokongnnya dalam pelbagai blog boleh dijadikan petunjuk.

Blog Alhusseyn sebagai contoh menyebut Nizar Jamaluddin jauh lebih layak selepas bancian dibuat secara dalam talian:: 215 responden mahukan Adun Changkat Jering itu dipilih bagi memegang jawatan tersebut jauh mengatasi pencabarnya.

Manakala blog lain seperti Blog Cenagau ada pandangan tersendiri terhadap pelantikan Razman.“Sebagai orang Perak, bab tak sambung Ustaz Bakar (Abu Bakar Hussain) sebagai PJ (pesuruhjaya) walaupun dia menang di Dun Titi Serong tempat aku, aku sangat-sangat setuju. Pasai apa jangan tanya, kalau tanya pun aku malas nak jawab.
“Yang aku musykil sikit pasai apa Hj Razman (Razman Zakaria) yang dilantik jadi PJ, hebat sangat ka Hj Razman ni.

“Yang buat aku musykil tu pasai apa Hj Nizar (Mohammad Nizar Jamaluddin) yang hampir semua orang Perak kenai yang pernah jadi MB dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Bendahari dan Setiausaha PAS Perak, tak dilantik sebagai PJ, teruk sangat ka Hj Nizar tu?,” jelas blog berkenaan dalam entri yang disiarkan, 2 Disember lalu.

Sementara isu ini terus menjadi perbualan umum Razman ketika dihubungi seorang wartawan tempatan menafikan berlakunya lobi melobi bagi jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak.

Pelantikan Pesuruhjaya Pas negeri itu katanya merupakan proses biasa dan keputusan tidak dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseorangan kerana turut melibatkan ahli jawatankuasa Pas Pusat lain.

“Saya tahu ada pihak yang tidak dapat menerima pelantikan saya. Ada yang kata Mohammad Nizar patut jadi pesuruhjaya negeri.
“Bagaimanapun ia tidak akan mengganggu tugas saya sebagai pesuruhjaya Pas negeri,” katanya 

No comments: