Saturday 21 December 2013

ISU WANITA MACAM HARTANAH - TENGKU ADNAN MOHON MAAF

alt

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, sebelum ini, dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, hari ini beliau memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan wanita dengan hartanah.
 
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalahertikan oleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung.
 
"Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA, Sabtu.
 
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.
 
"Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan,bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya.

No comments: