Monday 2 December 2013

HADI AWANG GUGURKAN NIK AZIZ, PESURUHJAYA PAS KELANTAN

alt

KUALA LUMPUR 2 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan diganti dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan manakala Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS.
Pengumuman jawatan lantikan ini dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013 - 2015 yang pertama malam tadi.
Abdul Hadi turut mengumumkan tujuh ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik termasuk bekas calon jawatan Timbalan Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan bekas calon jawatan Naib Presiden, Datuk Abu Bakar Chik.
Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember nanti.
BERIKUT SENARAI PENUH AJK PAS PUSAT 2013-2015
1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Hj Mustafa Ali
2. Bendahari - Datuk Ahmad Yaakob 
3. Ketua Penerangan - Datuk Mahfuz Omar 
4. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat – Dr Mohd Hatta Ramli
Persuruhjaya PAS Negeri/Wilayah:
1. Kelantan - Datuk Ahmad Yaakob
2. Terengganu - Saiful Bahri Mamat 
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
4. Johor - Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani 
7. Selangor - Iskandar Abdul Samad 
8. Perak - Razman Zakaria 
9. Kedah - Datuk Mahfuz Omar 
10. Perlis - Mohd Shukri bin Ramli 
11. Wilayah Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad 
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling 
13. Sarawak – Haji Adam Ahid 
14. Pulau Pinang - diumumkan pada pertengahan Disember
AJK PAS Pusat yang dilantik:
1. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah 
2. Datuk Abu Bakar Chik 
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos 
4. Mohd Hussin 
5. Asmuni Awi 
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

No comments: