Saturday 14 December 2013

( FOTO ) - SULTAN KELANTAN BERSOLAT DI SAF RAKYAT MARHAEN


Teman dapat gambar ni dari blog CTS. Baginda Sultan Kelantan ketika menunaikan solat  Jumaat di masjid di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pada waktu zohor siang tadi.  Baginda berpakaian amat sederhana, seperti orang kebanyakan, ber't-shirt' lengan panjang dan berseluar denim. Baginda tidak memerlukan saf dan ruang khas yang disertai dengan sejadah baldu yang tebal dan berwarna kuning, malahan tanpa bodyguard..... sangat sederhana.


Lihatlah seorang SULTAN yang tiada kawalan keselamatan juga tiada protokol Di Raja, bersolat bersebelahan Rakyat Marhaen yang tidak Baginda kenali. Kita tidak terkejut sebenarnya melihat gambar Sultan Kelantan di atas kerana Baginda memang terkenal dengan sifat tawadduk dan "down to earth". Daulat Tuanku!

Teman kata : Pepatah menyebut .... Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Bermaksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

No comments: