Wednesday 6 November 2013

PM HANTAR NOTA BANTAHAN AS MENGINTIP MALAYSIA


Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia mengenai laporan aktiviti pengintipan AS di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dimaklumkan oleh kerajaan AS bahawa Presiden Barack Obama mengarahkan aktiviti kedutaannya dikaji semula.

Beliau mengulas mengenai laporan pada minggu lalu bahawa pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia telah digunakan sebagai sebahagian daripada operasi pengintipan secara global yang dilakukan AS.

"Pada dasarnya kita membantah sebarang bentuk pengintipan dan pengawasan terhadap mana-mana kerajaan.


"Perkara ini membabitkan kedaulatan negara kita dan negara kita mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara ini.

"Ia adalah berbentuk nota bantahan dan kami meminta Kementerian Luar untuk membuat kenyataan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di sini, Selasa. - mStar

No comments: