Thursday 14 November 2013

PENGSAN LIHAT MAYAT NGERI DI ATAS BUMBUNG KERETA MILIKNYA


GEORGE TOWN :  Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang dipakir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak  berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit di dalam kereta jenit Proton Waja itu.

'Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,' katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Kong Meng berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dana setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

'Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya,' jelasnya - Bernama


Gambar dari sini

No comments: