Thursday 21 November 2013

INILAH WAJAH KETUA 'TUHAN HARUN' YANG BERJAYA DIBERKAS POLIS


Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Bandar Baru Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.


Lelaki berusia 47 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang oleh sepasukan polis yang memburunya bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmaf Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu.

Menurut sumber, turut diberkas dalam serbuan itu ialah dua orang isteri Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 40, dan Harun Azida Mohd. Zol, 30.

“Tuhan Harun diberkas sepasukan polis yang berjaya menjejakinya selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya setelah gagal menghadirkan diri ke mahkamah atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat dan menghina Islam dengan mengaku sebagai tuhan," kata sumber itu. - UTUSAN ONLINE

No comments: