Wednesday 13 November 2013

ANUGERAH SKRIN 2013 : NAD ZAINAL BAKAL BERGANDINGAN DENGAN FBI DAN AWAL ASHAARI SEBAGAI PENGACARA

#66 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA

Pertama kali diberi tanggungjawab menggalas tugas besar nyata memberi kegusaran buat Nadia Zainal. Apatah lagi digandingan dengan 2 nama besar, Awal Ashaari dan Faizal Ismail pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2013 pada 29 November ini.

Nad Zainal ketika ditemui di sidang media memperkenalkan hos Anugerah Skrin siang tadi nyata terkejut diatas pemilihannya sebagai salah seorang pengacara.
“Masa dapat tahu saya terpilih, saya sendiri terkejut. Tidak sangka boleh dipilih sebab saya masih baru sangat dalam industri ini,” ujarnya semalam.
“Saya tahu pihak mereka mempunyai sebab tersendiri memilih saya. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu untuk membuktikan apa-apa cuma yang boleh saya katakan, saya akan berikan yang terbaik pada malam anugerah nanti. Saya tahu, penonton akan membandingkan saya dengan 2 pengacara tersebut, itu memang cabaran besar buat saya”
Jelas Nad, bila mengetahui dia akan bergandingan mengacara bersama 2 nama yang tidak asing dalam dunia pengacaraan, dia terlebih dahulu membuat homework kerana tidak mahu dilihat kekok dan kelam kabut sewaktu di atas pentas.
“Saya buat homework pada setiap karakter 2 orang pengacraa tu. dan saya melihat diri saya sebagai seorang yang akan dibahan. Saya rela dibahan namun saya tidak akan diam”
“InshaAllah ilmu teater yang ada pada saya akan digunakan pada malam kemuncak ASK 2013 itu nanti. Saya yakin saya boleh buat cuma risau saya terlalu banyak merapu”
Tambah Nad, ujibakat pertama yang dihadirinya adalah ujibakat pengacara program REMAJA tahun 2008. Dari mula lagi dia mahu mahu menjadi pengacara namun ketika itu dia masih terikat dengan pelajaran lantas terpaksa melupakan hasrat buat seketika.
Sehinggalah hari ini dia akhirnya menjadi seorang pelakon. Sebelum mengakhiri perbualan, sempat dia mencelah memberitahu sejak kecil dia sebenarnya ada menyimpan cita-cita untuk bergelar pembaca berita. ROTIKAYA

No comments: