Sunday 6 October 2013

MR. BEAN MENAFIKAN MASUK ISLAM......

mr bean masuk islam mr bean dikatakan tidak masuk islam

Berita mengenai pelawak terkenal dunia Rowan Atkinson yang dikatakan memeluk Islam nampaknya tidak benar sama sekali apabila jurucakap Rowan, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan drama bersiri "Mr Bean" itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam.





Menerusi laporan terbaru laman web www.israellycool.com seperti dilihat untuk memperbetulkan semula laporan sebelum ini menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson yang dikenali sebagai Lucy untuk mendapat maklum balas terhadap perkara yang berkaitan.


 "Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," ujar Lucy. 

Sebelum ini Islampos melaporkan berita ini mula disebar oleh sebuah laman sesawang anti Israel, Sadabladi.com yang menyatakan Rowan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim" iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad S.A.W. 

Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi yang menjadi pembimbing dan individu bertanggujawab mengajar Rowan tentang Islam. 





No comments: