Wednesday 9 October 2013

KAMAL AFFENDI HASHIM..... SENYUMAN DALAM DERITA



MASIH ingat dengan Kamal Affendi Hashim ..??? Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang pasti mengenalinya.... Jika anda seorang pelupa atau tidak pernah tahu siapakah beliau, beliau adalah seorang  fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia dan sering muncul di radio dan televisyen Malaysia. Malah beliau banyak memberi pandangan, cadangan , ulasan dan komentar yang membina bagi menangani aktiviti jenayah yang sering dilaporkan di seluruh Malaysia. 


Untuk nota, Pada 11 Oktober 2012, Kamal Affandi menjalani pembedahan di otaknya akibat penyakit saraf Arteriovenous Malformation (AVM) di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon , Petaling Jaya, Selangor.Akibat AVM itu, koordinasi tangan kanan terganggu sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal. Kos pembedahan di hospital swasta itu sebanyak RM41,820 . 

Polisi insurans miliknya tidak dapat menampung kos pembedahan kaedah Cyber Knife yang melebihi RM41,000 kerana penyakitnya dikategorikan sebagai “congenital” iaitu keadaan yang wujud sejak lahir. Doktor melakukan pembedahan kaedah Cyber Knife yang menggunakan tembakan laser bagi mengeluarkan gumpalan urat saraf terlebih pada bahagian otak kirinya. Gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepala berjaya dikeluarkan... (sumber wikipedia )

BICARA PERJUANGAN pernah menyiarkan kisah penderitaan beliau.....Lihat  DI SINI

Tahukah anda sekalian....Bil rawatan susulan penyakitnya tinggi dan ternyata di luar kemampuan warga JOHOR juga anak bekas anggota polis itu. Tapi Pelik apabila Yayasan Kebajikan Negara menolak permohonan bantuan dikemukakan oleh Kamal. Mungkin nyawa individu selama tidak pernah mengenal erti penat menyampaikan ceramah berhubung kaedah mencegah jenayah di kalangan wanita, tidak begitu dihargai.


Sebahagian rintihan suara hatinya.... 


Hampir setahun yang lalu terlantar menahan kesakitan. Hanya sedikit yang tahu betapa hampir keberadaanku di ambang maut hatta keluarga sendiri sekalipun. Maaf kerana membisu kerana itu lebih baik. Dan seperti biasa, kalaupun jasad dah tak berdaya, senyum kuutus jua; satu buat yang mengharapkan dan satu sebagai tanda redha.
 Baca seterusnya "trajedi" yang dilaluinya.... DI SINI


Jika terdapat pihak swasta atau sesiapa sahaja berhasrat untuk menghulurkan bantuan, sila hubungi Kamal di talian 019 210 9999.

No comments: