Tuesday 1 October 2013

BOS AHMAD NAJADI DIBURU POLIS


Hussain-Ahmad-Najadi-mati-ditembak
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 53 tahun, Sei Ngan Chai dipercayai bos kepada suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi.

“Kita percaya dia kini berada di Australia,” kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah pada sidang media di sini, Selasa.
Ku menggesa Sei Ngan Chai yang didakwa sebagai majikan kepada suspek menyerah diri bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Ahmad Najadi. “Kita akan mengedarkan gambar suspek sekiranya kita gagal mendapatkan sebarang maklum balas daripadanya,” katanya - mStar

No comments: