Tuesday 29 October 2013

ANZALNA NASIR DEDAH SMS SHAH ISKANDAR NGORAT KAKAKNYA..... SHAH AKUI SMS MILIKNYA.... TAPI ITU DULU...

Sebelum ini Diana Nasir, kakak kepada pelakon Anzalna Nasir telah memuat naik status berunsur cinta di Facebooknya kepada pelakon Shah Iskandar yang menimbulkan spekulasi mereka sedang bercinta.

Bagaimanapun Shah Iskandar telah memberitahu Media Hiburan yang dirinya hanya menganggap Diana sebagai kawan biasa, sekaligus menampakkan wanita itu seolah-olah bertepuk sebelah tangan atau ‘syok sendiri’. Melalui Melodi TV3 Ahad lepas, Anzalna telah tampil memberikan penjelasan beserta bukti untuk menafikan kakaknya hanya syok sendiri terhadap Shah Iskandar.


Sebenarnya Anzalna pun tak mahu masuk campur dalam kes orang lain, tetapi nak tak nak dia kakak Anzalna dan Anzalna terpaksa masuk campur.
Jujurnya, Anzalna tidak tahu tentang hubungan mereka. Anzalna tak pernah dengar kakak Anzalna bercerita tentang Shah Iskandar.
Itu yang Anzalna agak terkejut. Tak sangka tiba-tiba keluar gosip yang menjatuhkan kakak Anzalna, nampak macam kakak Anzalna yang syok sendiri. Selepas itu Shah Iskandar mengakui yang kakak Anzalna hanyalah kawan biasa.
Anzalna minta kakak Anzalna beritahu perkara sebenar. Bila ditunjukkan mesej-mesej, benda tidak akan terjadi sekiranya bertepuk sebelah tangan. Mesti orang akan marah kakak Anzalna kerana syok sendiri terutamanya peminat Shah Iskandar. Macam dia seolah-olah ‘berada dalam dunianya sendiri’.
Anzalna dah dapat bukti mesej-mesej Shah Iskandar sendiri dan Anzalna boleh tunjuk.
Untuk makluman anda, mesej yang berlatar hijau adalah dari Diana Nasir manakala yang berwarna putih ialah dari Shah Iskandar.

 photo 2.jpg
 photo 6.jpg
 photo 5.jpg
 photo 3.jpg
 photo 4.jpg
 photo 1.jpg

Rasanya agak jelas juga mesej-mesej dari Shah Iskandar sememangnya bertujuan untuk memikat Diana. Boleh dikatakan kebanyakan perempuan akan ‘cair’ dengan mesej seperti ini, yang mungkin telah membuatkan Diana tanpa segan silu menulis status berunsur romantik di Facebooknya kepada Shah Iskandar.


Malangnya Shah Iskandar hanya mengatakan Diana sekadar kawan biasa. Apakah penjelasan Shah Iskandar berhubung perkara ini? Looks like me, sounds like me, but it’s not me? Atau “telefon saya digodam.” ?

Selepas Anzalna muncul di Melodi TV3 mendedahkan bukti-bukti SMS yang Shah ada memberikan mesej berunsur memikat atau ‘mengurat’ dalam bahasa pasarnya, Shah Iskandar dianggap seperti sengaja mengenakan Diana Nasir, memberitahu umum yang dia menganggap Diana sebagai kawan biasa walaupun sudah memberikan mesej-mesej berunsur memikat kepada wanita itu.

Semalam, melalui Media Hiburan, Shah Iskandar yang ketika itu berada di Cape Town untuk penggambaran Fear Factor 2 telah tampil memberi penjelasan berhubung SMS yang dihantarnya kepada Diana Nasir:-
Saya akui mesej-mesej yang dimaksudkan oleh Anzalna. Pada saya itu mesej-mesej manja di mana pada awal perkenalan saya dan kakaknya. Tapi, memasuki bulan keempat saya dapat rasakan perkenalan ini tidak boleh pergi lebih jauh.
Saya tidak cakap dia ‘bad person’ tapi sikap saya sendiri yang tidak boleh meneruskan perhubungan itu. Kiranya, antara kami memang tidak bercinta tapi baru mula nak berkenalan.
Dengan apa yang berlaku, saya tidak salahkan Diana. Dia seorang gadis yang baik. Saya nampak usahanya untuk membawa perkenalan kami kepada hubungan yang serius, tapi saya yang tidak boleh.
Cuma, saya tidak faham kenapa Anzalna perlu masuk campur. Ini antara saya dan Diana. Saya tahu niatnya mahu pertahankan kakaknya, tapi bukan begini caranya. Cara Anzalna tak betul. 
Ditanyakan adakah dia sudah bertanyakan sendiri hal ini kepada Diana, jawab Shah:-
Lepas saya balik Malaysia, saya terus tanya dia kenapa perkara ini boleh jadi kecoh. Dia cakap, adiknya itu sekadar mahu ‘protect’nya. Saya cakap balik, cara adiknya itu seperti mahu kenakan saya.
Begitulah penjelasan Shah Iskandar tentang SMS yang dihantarnya. Pastinya salah faham dapat dielakkan sekiranya Shah memberitahu lebih awal yang dirinya pernah cuba ‘mengurat’ Diana namun berubah hati selepas beberapa bulan perkenalan.
Shah turut menegaskan dia tidak pernah keluar berdua dengan Diana dan berharap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan baik.

-  beautifulnara  -

No comments: