Wednesday 11 September 2013

PERMOHONAN BAPA BEDAH MAYAT ANAK KALI KE-2 DITOLAK MAHKAMAH

Mahkamah tolak permohonan bedah siasat kali kedua kes remaja mati tersepit
MOHD Damanhuri Mohd Fuad (dua dari kanan) menjawab soalan wartawan ketika ditemui di luar mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini menolak permohonannya untuk bedah siasat kali kedua dijalankan ke atas anaknya, Shaerol Aizam Damanhuri, 27, yang ditemui maut selepas tersepit di tingkap rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, Ipoh pada 20 Julai lalu. - Foto Ikhwan Munir


IPOH : Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan untuk bedah siasat kali kedua dijalankan ke atas remaja lelaki yang ditemui maut selepas tersepit di tingkap rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, di sini, pada 20 Julai lalu.

BACA : BAPA ENGGAN KEBUMI JENAZAH ANAK

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu kerana permohonan terbabit tidak mempunyai asas kukuh untuk dipertimbangkan. 

Peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili bapa remaja berkenaan, Mohd Damanhuri Mohd Fuad ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk merayu atau membuat permohonan inkues bagi kes berkenaan.  BH

No comments: