Sunday 1 September 2013

KOREA JUARA HOKI PIALA ASIA 2013, KALAHKAN INDA 4 - 3


Korea Selatan muncul juara Hoki Piala Asia 2013 edisi ke - 9 sekaligus mempertahankan kejuarannya. Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Korea mengalahkan India 4 - 3.



Bagi perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4, Pakistan telah mengalahkan 'tuan rumah', Malaysia.

Keputusan penuh Hoki Piala Asia Ke-9 (2013): 

1. KOREA
2. INDIA
3. PAKISTAN
4. MALAYSIA
5. JAPAN
6. OMAN
7. BANGLADESH
8. CHINESE TAIPEI.


Maka dengan itu selaku juara benua, Korea Selatan secara merit layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Sebelum perlawanan ini, Korea Selatan sudah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebagai status pasukan simpanan pertama.
Korea Selatan dan India masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam pada separuh akhir Kejohanan Liga Dunia tahun ini.
India pula menjadi pasukan simpanan keempat selepas Sepanyol di tangga kedua dan Malaysia di tangga ketiga dalam senarai simpanan.
Mengikut peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), pasukan yang sudah pun tersenarai dalam Piala Dunia 2014 tetapi memenangi kejohanan benua, maka slot tersebut akan diisi oleh pasukan simpanan.

No comments: